Plot / Binaan Plot, Teknik Plot (Novel Tingkatan 1)

Novel Formula Termodinamik : Plot / Binaan Plot, Teknik Plot (Novel Tingkatan 1)

PLOT / BINAAN PLOT

  • Permulaan

Permulaan novel Formula Termodinamik ialah Amir, Usamah dan dibantu oleh Asma, Zaid dan Adnin bertungkus lumus mengubah suai mesin rumput agar menjadi mesin yang mempunyai dua fungsi iaitu berfungsi sebagai pemotong rumput dan membajak (menggembur) tanah. Mereka meminta bantuan Profesor Othman menggunakan Formula Dua Hukum Termodinamik.

  • Perkembangan

Peringkat perkembangan cerita apabila terdapat pelbagai halangan di mana Amir kehilangan pena pemacu dan sikap iri hati Aswan. Di samping formula pengubahsuaian dicuri, Aswan juga berusaha mencuri maklumat Syarikat Bahagia kepunyaan ayah Amir.

  • Klimaks

– Peringkat Klimaks novel Formula Termodinamik ialah Amir, Usamah, Zaid, dan Adnin berjaya memerangkap pencuri di Kampung Warisan dan penemuan semula pena pemacu serta berjaya menyekat pengaliran maklumat Syarikat Bahagia.

  • Peleraian

– Peringkat peleraian novel Formula Termodinamik apabila Aswan dan rakan-rakannya dihanyutkan oleh arus deras ketika hujan lebat di kampung mereka dan mereka diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya. Aswan telah menyesali perbuatannya dan meminta maaf kepada Amir. Amir dan Aswan menerima Anugerah Saintis Muda kerana berjaya mencipta mesin 2 dalam 1 dan ditawarkan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran mereka.

.

TEKNIK PLOT

Teknik Pemerian

Teknik dialog

Teknik monolog dalaman

.

This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a comment